Penulis Ebook Panduan Pemakanan Anak



Kehamilan ektopik atau juga dikenali sebagai kehamilan luar rahim amat berbahaya jika tidak ditanggani dari awal. Masalah ini boleh mengundang maut kepada nyawa si ibu. Jadi, sangat penting setiap pasangan yang berkahwin lebih-lebih lagi isteri yang bakal hamil untuk ambil tahu sedikit sebanyak tentang kehamilan ektopik.Inilah antara kisah yang dikongsi oleh Puan Bibi dalam ebook Mama Hamil Anak Pertama. Bagaimana pengalaman beliau menanggani masalah ini dan bagaimana beliau berusaha dan hamil semula dengan izin Allah.

Sememangnya pengalaman yang boleh dijadikan iktibar dan panduan kepada setiap bakal ibu kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang akan kita hadapi di sepanjang tempoh kehamilan. Dengan adanya pengalaman langsung begini, kita dapat memahami lebih jelas keadaan yang berlaku.Pengalaman hamil anak pertama setiap individu tidak sama. Dan ebook ini adalah salah satu pengalaman yang amat baik untuk dibaca. Puan Bibi turut berkongsi amalan yang beliau lakukan untuk hamil semula selepas pulih daripada masalah kehamilan ektopik serta doa-doa amalan untuk anak yang pastinya bermanfaat bagi semua pembaca.

Oleh Hifzaila Hafni
www.panduanpemakanananak.blogspot.my
Penulis Ebook Panduan Pemakanan Anak Penulis Ebook Panduan Pemakanan Anak Reviewed by Puan B on November 21, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.