Naskah Pertama Apabila Bergelar Ibu

 

Teks: Bibi Normi (Madam B)

Segala puji bagi Allah. Tuhan semesta alam. Kami memohon pada-Mu Ya Allah, pertolongan, petunjuk dan keampunan dari-Mu. Permudahkan urusan kami dan urusan ibadah kami.

Ini adalah naskah pertama. Sepatutnya tiga tahun lalu saya berkongsi dengan pembaca. Tapi sudah tentu bukan ini tajuknya kerana pada ketika itu seru jodoh belum tiba dan takdir menjadi ibu belum menjadi kenyataan. Baiklah naskah ini kita kenali sebagai ebook. Ada apa dalam ebook ini? Ada cerita, kisah dan pengalaman. Rakaman pengalaman seorang gadis yang bertukar menjadi isteri yang  kemudiannya bergelar ibu. Satu momen indah bagi kita bernama perempuan. Di dalam ini ada sedikit kisah bagaimana bukan mudah setelah berkahwin di usia ‘3 siri’ dan terus sahaja hamil tanpa diuji terlebih dahulu.

 Ada faktor lain yang kita tidak ketahui boleh menyumbang kepada komplikasi kehamilan. Ada yang manusia dapat ketahui, dan ada hanya Dia Yang Maha Kuasa sahaja yang mengetahui. Tetapi cukup dengan percaya ada hikmah di sebaliknya. Mungkin bukan semua wanita mengalaminya. Tetapi ada senarai wanita di luar sana seluruh dunia diuji Tuhan. Ebook ini berkisar tentang wanita berkahwin yang Allah S.W.T telah hadiahkan ujian lalu merencana segala dengan sebaiknya (in the best way) agar beroleh zuriat pertama jua akhirnya. Apa yang dirakamkan, mengambil masa untuk dikongsikan. Ada episod yang penulis sendiri sudah lupa kerana sangat fokus kepada ‘Let it go’. Manusia fitrahnya mahu melupakan kisah silam. Sesuatu yang normal. Begitu juga penulis. Selain itu, penulis cuba  menulis berbekalkan pengalaman, pengetahuan yang dikutip, minat sederhana dalam penulisan dan semangat yang pandai naik dan turun dengan tiba-tiba.

Sudikah anda semua membaca naskah pertama ini?

"But they plan, and Allah plans. Surely Allah is the best of planners." Surah Al-Anfal 8:30.  

Dan ada maklumat penting yang bakal anda temui dan ketahui mengenai salah satu komplikasi kehamilan wanita?  K.E.T atau Kehamilan Ektopik Terganggu yang membahayakan nyawa. Ketahui secara mendalam di dalam naskah pertama saya.

Selamat membaca!
Naskah Pertama Apabila Bergelar Ibu Naskah Pertama Apabila Bergelar Ibu Reviewed by Puan B on November 29, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.